My Add

Friday 13 June 2014

Ratusan orkid dipertanding di Floria Putrajaya 2014

PUTRAJAYA, JUMAAT 13 Jun, 2014: Kira-kira 600 spesies orkid akan dipertandingkan pada Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2014 yang akan berlangsung mulai esok hingga 22 Jun.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, sesetengah daripada orkid itu dibawa dari luar negara, sekali gus memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk melihat spesies, yang belum pernah dilihat secara lebih dekat.

"Orkid-orkid itu dibawa sendiri oleh tuannya, yang dijaga dengan baik dan dibawa ke sini untuk dipertandingkan," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke tapak Floria Putrajaya 2014 di sini hari ini.

Bertempat di pesisiran tasik Presint 4 di sini, Floria Putrajaya 2014 menyaksikan penyertaan 22 negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan Taiwan.

Bertemakan “Begonia-Pesona Warna", ia menghimpunkan lebih 60 spesies dan hybrid pokok Begonia atau asam batu serta mempamerkan lebih 400,000 pokok daripada pelbagai spesies dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan dari kawasan tropika dan subtropika. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment