My Add

Friday 13 June 2014

Mogok pekerja tren gagal di Brazil
 * SEJUMLAH pekerja tren bawah tanah bermesyuarat di sebuah ibu pejabat kesatuan sekerja di Sao Paulo, Brazil kelmarin.
SAO PAULO, Brazil, KHAMIS 12 Jun, 2014: Satu mogok pekerja tren bawah tanah di Sao Paulo yang bertujuan untuk menjejaskan pembukaan pusingan akhir Piala Dunia 2014 telah berjaya dihalang pada malam kelmarin.

Halangan itu berjaya dibuat walaupun para pekerja lapangan terbang di Rio de Janeiro mengisytiharkan kerja-kerja dihentikan dalam tempoh 24 jam di lokasi-lokasi untuk peminat-peminat bola sepak mengembara ke Brazil.

Kira-kira 1,500 pekerja tren bawah tanah di Sao Paulo mengundi menentang mogok yang akan dilancarkan semula dalam isu perbalahan mengenai pembayaran gaji.

Para pekerja itu sebelum ini tidak bekerja pada Isnin lalu.

"Buat masa kini, kami berpendapat adalah baik kami untuk menunggu (keputusan kerajaan berhubung kenaikan gaji)," kata seorang Presiden kesatuan sekerja, Altino Prazeres.

Namun, beliau tidak mengetepikan akan terdapat mogok semasa pusingan akhir bola sepak Piala Dunia berlangsung.

"Kami berpendapat, kami tidak bersedia untuk berkonfrontasi dengan polis semasa Piala Dunia berlangsung," tambahnya.

Pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 berlangsung semalam dan akan berakhir pada 13 Julai depan. - Agensi/KOSMO!

No comments:

Post a Comment