My Add

Saturday 14 June 2014

Najib tolak 'MC' Khairy

KUALA LUMPUR, JUMAAT 13 Jun, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak secara bergurau berkata, beliau gembira Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar cukup sihat untuk hadir mesyuarat Kabinet hari ini.

Perdana menteri dalam catatan Twitternya kepada Khairy berjenaka bahawa cuti sakit menteri itu ditolak: "@KhairyKJ glad you felt well enough to come for Cabinet Meeting. #MCDitolak"

Najib menghantar tweet ber kenaan kepada Khairy yang sebelum itu mencatatkan mesej Twitter kepada perdana menteri untuk kononnya memohon cuti sakit.

Khairy berkata: "@NajibRazak Boss. Saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam.

"Maaf tak dapat kerja hari ni, esok hantar slip MC. #CubaNasib".

Khairy pagi ini menyertai hampir 1,000 belia menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 antara Brazil dengan Croatia menerusi skrin gergasi yang dipasang di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment