My Add

Tuesday 3 June 2014

Pejabat PTPTN di Tawau, Kuala Krai beroperasi

KUALA LUMPUR, SELASA 03 Jun, 2014: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan Pejabat PTPTN Cawangan Kuala Krai, Kelantan dan Pejabat PTPTN Cawangan Tawau, Sabah telah beroperasi sepenuhnya.

Menurut kenyataan PTPTN, kedua-dua cawangan dan pejabat itu menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai untuk semua urusan berkaitan PTPTN, sama ada pembiayaan pendidikan, bayaran balik PTPTN dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Pejabat PTPTN Cawangan Kuala Krai beralamat di PT5555, Tingkat Bawah & 1, Taman Yani KM1.5 Lebuhraya Kuala Krai- Gua Musang, 18000 Kuala Krai, Kelantan dan boleh dihubungi di talian 09-9602800.

Manakala Pejabat PTPTN Cawangan Tawau beralamat di TB 4334, Lot 14, Tingkat 1 (Corner) Blok 31 & 32, Fajar Commercial Complex, Jalan Merdeka 2/3 91000 Tawau, Sabah dan boleh dihubungi di talian 089-701304.

Untuk maklumat lanjut layari www.ptptn.gov.my - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment