My Add

Sunday 15 June 2014

Pelatih akademi remaja maut kemalangan

KOTA TINGGI, SABTU 14 Ju, 2014: Seorang pelatih Akademi Remaja Lukut maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kereta di KM1, Jalan Batu 4, Lukut Cina, berhampiran Dewan Teratai Kampung Batu Ampat, Kota Tinggi, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman berkata, dalam kejadian 10 malam itu, Muhammad Asyraf Kanin, 18, dari Kampung Lukut, Kota Tinggi parah di bahagian kepala, menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Pemandu kereta jenis Mercedes Benz itu, yang juga bekas Ahli Parlimen Panti, Datuk Yusof Malim Kuning, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berdasarkan siasatan awal, Rahmat berkata, motosikal jenis Yamaha 125Z berkenaan dipercayai datang dari arah Kampung Lukut dan menghala ke Kota Tinggi.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Kesihatan Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk dikebumikan di perkuburan Islam Kampung Lukut di sini," kata Rahmat yang dihubungi di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment