My Add

Sunday 1 June 2014

Pemimpin China galak syarikatnya melabur di Malaysia - Najib

BEIJING, AHAD 01 Jun, 2014: Pemimpin-pemimpin China yang ditemui Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sempena lawatan rasmi beliau ke sini memberikan komitmen mereka untuk menggalakkan syarikat China membuat pelaburan ke Malaysia.

Najib berkata, komitmen yang diberikan itu bertujuan untuk mengimbangi pelaburan dari Malaysia ke China yang ketika ini berjumlah AS$6.3 bilion, manakala pelaburan dari China ke Malaysia berjumlah lebih kurang US$1 bilion.

Antara pemimpin China yang ditemui beliau semasa lawatan selama enam hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China itu ialah Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang.

Beliau berkata kerajaan China juga memberikan keutamaan kepada projek Taman Perindustrian Qinzhou (Chingchou) dan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment