My Add

Sunday 1 June 2014

Najib anggap lawatan ke China amat berhasil

BEIJING, AHAD 1 Jun, 2014: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan lawatan rasmi enam hari beliau ke China kali ini amat berjaya, dan para pemimpin tertinggi China menganggap hubungan dengan Malaysia sebagai sesuatu yang 'istimewa'.

"Saya anggap lawatan rasmi saya ke China sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China ini mendapat sambutan begitu menggalakkan sekali. Hasil lawatan saya anggap amat berjaya," katanya pada sidang media sebelum berlepas pulang ke Malaysia.

Najib berkata dalam pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang, kedua-dua pemimpin utama negara itu menegaskan bahawa hubungan China dan Malaysia adalah amat penting, dan mereka menganggap ia sesuatu yang amat istimewa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment