My Add

Sunday 1 June 2014

DAP dakwa peratusan keluar mengundi rendah punca kalah

GEORGE TOWN, AHAD 01 Jun, 2014: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mendakwa peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus adalah antara punca parti itu kalah dalam pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan semalam.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, berdasarkan analisis awal parti itu, DAP kalah kerana tiga sebab, termasuklah kemerosotan jumlah pemilih yang mengundi.

"Peratusan keluar mengundi menurun kepada kira-kira 66 peratus, iaitu kurang 7,000 hingga 8,000 pemilih berbanding kira-kira 80 peratus pada pilihan raya umum lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Penang Run di sini.

Beliau berkata, kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi adalah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan.

Katanya, dua faktor lagi yang menyebabkan kekalahan calon parti itu ialah permainan politik UMNO ketika berkempen serta hakikat bahawa Dyana Sofya adalah muka baharu di kawasan itu dan tidak mempunyai cukup masa untuk membiasakan diri dengan penduduk setempat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment