My Add

Saturday 21 June 2014

Penghulu maut kereta dipandu bertembung traktor

PEKAN, SABTU 21 Jun, 2014: Penghulu mukim Bentong, Mohamad Bakri Abu Talib, 53, maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah traktor di KM 35 Jalan Pekan-Batu Balik, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman hari ini berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan dalam kejadian 9 malam semasa sedang dalam perjalanan dari arah Pekan menuju ke rumahnya di Salong.

Katanya, pada masa yang sama sebuah lagi kereta yang dipandu Sahnizan Mohd Razali, 33, berada kira-kira 200 meter di belakang mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment