My Add

Saturday, 21 June 2014

MTUC minta gaji minimum RM1,200

MELAKA, SABTU 21 Jun, 2014: Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan meminta kerajaan menimbang untuk menaikkan gaji minimum yang telah ditetapkan daripada RM900 kepada RM1,200 bagi sektor awam dan swasta.

Berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja 2014 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini, beliau berkata, kerajaan perlu membuat pertimbangan tersebut berikutan peningkatan kos sara hidup pada masa kini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment