My Add

Monday 16 June 2014

Pengumuman PM disambut baik

KUALA LUMPUR, AHAD 15 Jun, 2014: Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu menubuhkan cawangan baharu universiti itu.

Presiden PASB, Datuk Ahmad Buraq berkata, penubuhan cawangan itu membuktikan kerajaan konsisten dengan janji manifesto pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.

"Pengumuman ini adalah satu rahmat kepada warga PASB dan sekali gus ini membuktikan kerajaan peka terhadap institusi perguruan tunggal ini.

"Tambahan pengumuman itu untuk menempatkan khusus teknik dan vokasional selari dengan dasar Kementerian Pendidikan untuk mempertingkat dan memperkasakan pengajian tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment