My Add

Monday 9 June 2014

Penyeludup diesel berdepan risiko aset dirampas

KUALA LUMPUR, AHAD 08 Jun, 2014: Penyeludup diesel dan petrol bakal berdepan dengan risiko kesemua aset termasuk rumah dan ladang mereka dirampas oleh pihak berkuasa sekiranya aset-aset berkenaan dibeli menggunakan pendapatan daripada penjualan bahan api tersebut.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, melalui Akta Anti Pengubahan Wang Haram, kesemua 10 agensi terlibat dalam Ops Titik akan bekerjasama memastikan gejala penyeludupan itu mencapai titik noktah atau sekurang-kurangnya menurun secara drastik.

"Terdapat tujuh kes penyeludupan bahan api bersubsidi baharu dilaporkan hari ini dengan nilai sitaan sebanyak RM110,514 iaitu di Kedah dan Sarawak masing-masing sebanyak dua kes dan di Perak, Negeri Sembilan dan Perlis masing-masing sebanyak satu kes.

"Jumlah keseluruhan kes terkumpul sehingga pukul lima petang ini adalah sebanyak 123 kes dan jumlah keseluruhan sitaan sebanyak RM5,368,284," katanya kepada pemberi dalam majlis Pelancaran Koperasi Darul Salam Berhad, Program Membantu Rakyat (Membara) dan Karnival Usahawan Parlimen Selayang 2014 dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Datuk Abdul Shukor Idrus.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan bahawa usaha membanteras penyelewengan diesel bersubsidi tidak akan berhasil selagi sebahagian besar syarikat pemborong dibiarkan bermaharajalela dengan melanggar segala syarat lesen yang dikeluarkan kementerian.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, usaha membanteras penyeludupan akan dilakukan berterusan oleh pihaknya.

"Kami akan berganding bahu bagi memastikan pihak penyeludup ini diberikan balasan setimpal. Setiap hari, pemantauan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan dan kita akan melakukan tindakan proaktif," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment