My Add

Friday 20 June 2014

PM rasmi sambutan 20 tahun UMNO Cheras, 23 Jun

KUALA LUMPUR, KHAMIS 19 Jun, 2014: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan sambutan ulang tahun ke-20 UMNO Bahagian Cheras pada Isnin ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (gambar)berkata, majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet, pemimpin-pemimpin UMNO dan warga pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC).

“Sambutan setiap lima tahun itu mengimbas kembali perjuangan silam dan sebagai menghargai pengorbanan ahli-ahli UMNO khususnya di Bahagian Cheras.

“Sambutan kali ini dilihat sebagai kemuncak kepada kegemilangan UMNO Bahagian Cheras sejak mula ditubuhkan sehingga kini," katanya dalam entri terbarunya di umnobahagiancheras.blogspot.com di sini hari ini.

Syed Ali berkata, signifikan sambutan ulang tahun tersebut jelas membuktikan sokongan orang Melayu terutama di kawasan bandar kosmopolitan Kuala Lumpur khususnya di Cheras masih berada pada tahap yang tinggi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment