My Add

Thursday 12 June 2014

Polis Pulau.Pinang tahan 7 lelaki, rampas enam kenderaan

BUTTERWORTH, HAMIS 12 Jun, 2014: Polis Pulau Pinang menemui semula enam buah kenderaan termasuk sebuah lori yang dilaporkan dicuri dan menahan tujuh lelaki anggota sindiket mencuri kenderaan dalam dua serbuan di negeri ini semalam.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A.Thaiveegan berkata, tiga lelaki berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di dua buah bengkel kenderaan di Bagan Jermal dan Taman Kerapu, di sini dalam operasi pada 1 tengah hari semalam.

"Menerusi Ops Cantas Khas itu, polis berjaya mengesan dua buah bengkel yang dipercayai milik anggota sindiket mencuri kenderaan dan menjadi lokasi sindiket berkenaan menyimpan untuk diubah suai sebelum menjual kepada pihak tertentu.

"Hasil pemeriksaan kita menemui tiga buah kereta pelbagai jenis di bengkel di Bagan Jermal dan tiga kenderaan termasuk sebuah lori di bengkel di Taman Kerapu yang dipercayai dicuri. Semuanya bernilai RM400,000," katanya pada sidang akhbar, di sini malam tadi.

Katanya tujuh lelaki termasuk empat warga Myanmar yang ditahan itu merupakan pemilik dan pekerja di dua bengkel berkenaan yang dipercayai anggota sindiket mencuri kereta yang bergerak aktif di sekitar Pulau Pinang dan Kedah sejak beberapa bulan lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment