My Add

Friday 13 June 2014

Tempat letak kereta bertingkat Stesen LRT Ampang dibuka

KUALA LUMPUR, JUMAAT 13 Jun, 2014: Tempat letak kereta bertingkat Stesen LRT Ampang kini dibuka kepada orang ramai dan percuma kepada pengguna LRT sehingga akhir bulan ini.

Kemudahan itu khusus untuk mengatasi masalah meletak kereta dan perjalanan bagi pengguna di kawasan perumahan Ampang yang padat dengan penduduk.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd Rudyanto Azhar berharap kemudahan itu akan meningkatkan jumlah penumpang RapidKL Laluan Ampang.

Pada masa ini, lebih 200,000 penumpang menggunakan LRT laluan itu setiap hari.

Terletak bersebelahan Stesen LRT Ampang, kompleks lima tingkat itu menyediakan 1,140 petak letak kereta termasuk 144 petak untuk wanita dan 20 petak untuk golongan kurang upaya termasuk 200 petak letak motosikal di tingkat bawah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment