My Add

Monday 16 June 2014

Selangor dijangka alami semula krisis air

MERSING, AHAD 15 Jun, 2014: Selangor dijangka mengalami krisis air semula semasa fenomena El-Nino iaitu cuaca panas kering yang akan turut melanda negara ini dipercayai bermula Ogos ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri James Dawos Mamit berkata, reka bentuk dan struktur empangan di Selangor yang agak berbeza iaitu bertingkat menyebabkannya tidak dapat menyimpan kuantiti air yang banyak bagi memenuhi permintaan rakyat di negeri itu.

"Memang ada potensi Selangor untuk menghadapi gangguan air semasa musim El-Nino berlaku," katanya selepas merasmikan Projek Konservasi Kima di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Taman Laut, Dr. Sukarno Wagiman; Pengarah Taman Laut negeri, Mohd. Nizam Ismail dan Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat dan Hubungan Luar Malakoff Corporation Bhd. (Malakoff), Yuha Ismail.

Pada majlis itu, Yuha turut menyampaikan replika cek berjumlah RM60,000 sumbangan Malakoff kepada Jabatan Taman Laut yang diterima oleh Sukarno bagi menjayakan projek konservasi Kima berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment