My Add

Thursday 5 June 2014

Tabung Haji perkenal khidmat kad debit

KUALA LUMPUR, KHAMIS 05 Jun, 2014: Lembaga Tabung Haji (TH) menjadi institusi Islam bukan bank pertama di dunia memperkenal perkhidmatan kad debit menerusi pelancaran Tabung Haji i-Debit MasterCard hari ini.

Dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini, Tabung Haji Debit-i MasterCard memberikan pendeposit satu lagi akses kepada akaun TH dan berfungsi seperti tunai atau cek peribadi dengan semua pembelian dan transaksi didebitkan terus daripada akaun simpanan mereka.

Bercakap pada pelancaran perkhidmatan itu, Najib berkata kad itu akan membolehkan jemaah Haji melakukan pengeluaran dan transaksi belian dengan mudah di Tanah Suci.

Pemegang kad boleh mengeluarkan wang tunai di lebih 2.5 juta ATM di seluruh dunia selain membeli barangan di lebih 38 juta lokasi pedagang yang menerima MasterCard Arab Saudi dan di seluruh dunia.

Permohonan untuk Tabung Haji Debit-i MasterCard boleh dibuat mulai Isnin, 9 Jun, 2014 di semua kaunter TH di seluruh negara.-BERNAMA

No comments:

Post a Comment