My Add

Friday 20 June 2014

TPM pengerusi mesyuarat Exco Pelajaran Negeri

 * MUHYIDDIN Yassin ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Exco Pelajaran Negeri di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Idris Jusoh (kanan) dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching (kiri). - BERNAMA
KUALA LUMPUR, KHAMIS 19 Jun, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Exco Pelajaran Negeri bagi membincangkan isu-isu berhubung pendidikan.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu turut dihadiri Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Mesyuarat kali ke-6 itu merupakan platform terbaik buat Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan memperincikan setiap inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan kementerian dalam sektor berkenaan.

Selain itu, mesyuarat yang dijadual dua tahun sekali itu juga memberi ruang kepada semua exco untuk membangkitkan perkara berkaitan hal-hal pendidikan di negeri masing-masing.

Ia juga antara lain bertujuan meningkatkan rangkaian kerjasama yang lebih sistematik antara kementerian dengan Exco pelajaran negeri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment