My Add

Monday 16 June 2014

UMNO Kelantan mahu sertai jawatankuasa hudud

KOTA BHARU, AHAD 15 Jun, 2014: UMNO Kelantan bersedia menjadi wakil dari negeri ini dalam jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan bagi membincangkan pelaksanaan hudud dengan lebih terperinci.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya bagaimanapun menghormati apa sahaja keputusan kerajaan untuk menentukan siapa yang bakal menjadi wakil dari Kelantan.

"Kita bersikap terbuka dan memang mahu menyertai jawatankuasa ini, namun terserah kepada Pusat. Saya harap kita juga ada wakil, kita akan mohon dan semoga diterima," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Tautan Kasih-Kami Prihatin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) anjuran Jabatan Kesihatan negeri serta Jabatan Kerja Sosial Hospital Kelantan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir; Ketua Pegawai Kerja Sosial Hospital Kelantan, Zailawati Mamat serta Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini mendedahkan Kerajaan Persekutuan dan Kelantan sedang giat mengadakan perbincangan berkaitan penubuhan jawatankuasa teknikal hudud di peringkat kebangsaan.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengakui pihaknya selama ini menyimpan hasrat untuk menyertai jawatankuasa tersebut sekiranya dipelawa berbuat demikian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment