My Add

Friday 20 June 2014

'Usah jadikan isu MAIS alat permainan politik'

KUALA LUMPUR, KHAMIS 19 Jun, 2014: Ahli politik diingatkan supaya tidak menjadikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai 'alat permainan' untuk dipolitikkan dan dipersoal kuasa eksekutif badan tersebut.

Pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, kuasa sultan sebagai ketua agama dan MAIS selaku penasihat serta badan pelaksana perlu dikekalkan dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan dalam hal-hal berkaitan agama Islam tanpa campur tangan ahli politik.

"Tindakan dan desakan beberapa ahli politik yang dilihat cuba mencampuri urusan sultan dan MAIS dalam hal agama di negeri ini bagai 'menangguk di air keruh'.

"Jika bukan sultan sebagai ketua agama dan MAIS sebagai pembantunya, siapa lagi yang boleh mengambil tanggungjawab menguruskan bidang agama di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan empat pemimpin Pas Selangor semalam mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment