My Add

Thursday 1 December 2011

Ambil lesen sebelum 2012

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Disember, 2011:
SURUHANJAYA Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa semua pengusaha bas sekolah yang beroperasi tanpa lesen mengemukakan permohonan sebelum 1 Januari depan.

M AHIRAH ZAKARIA memetik Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai berkata, pihaknya akan berusaha mempermudahkan proses permohonan lesen tersebut bagi memberi peluang kepada pengusaha bas menjalankan perkhidmatan mereka.

"Jika pengusaha bas tidak memohon lesen yang sah dan berlaku kemalangan semasa perkhidmatan bas tersebut digunakan, maka SPAD tidak mampu mengambil sebarang tindakan kerana itu kesalahan pengusaha bas sendiri.

"Pengusaha bas perlu melesenkan kenderaan mereka demi menjaga kepentingan dan keselamatan pengguna bas yang majoritinya terdiri daripada pelajar sekolah," katanya pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, semalam.

Sebelum itu, Syed Hamid menyerahkan surat tawaran lesen kepada 50 pengusaha bas sekolah dari Semenanjung.

Menurut beliau, pemohon yang menerima surat tawaran lesen tersebut terdiri daripada pengusaha bas yang baru memulakan operasi dan juga pemohon lesen tambahan.

"Pengusaha bas yang ingin memohon lesen akan dikenakan bayaran RM30 untuk tempoh lima tahun," katanya.

Sehingga kini, 15,000 pengusaha bas telah mendapatkan lesen sah bagi menjalankan operasi mereka.  - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment