My Add

Thursday, 1 December 2011

Kedatangan 50,000 amah mengikut bekalan, permintaan

SHAH ALAM, RABU, 30 November, 2011: 
MENTERI Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, kedatangan 50,000 pembantu rumah Indonesia yang dijangka tiba di Malaysia awal tahun depan adalah mengikut keperluan sebenar bekalan dan permintaan.

Oleh yang demikian kata menteri itu, majikan di negara ini tidak terdesak untuk menggunakan perkhidmatan pembantu rumah walaupun pembekuan penghantaran mereka ke Malaysia ditarik balik esok (1 Dis.).

"Tiada siapa memaksa mengambil pembantu rumah dan tidak ada siapa dipaksa membekalkan pembantu rumah. Mesti ada pihak yang memerlukan dan ada pula yang membekalkannya,” kata Dr. Subramaniam di satu sidang akhbar selepas merasmikan seminar mengenai peranan kesatuan sekerja menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, di sebuah hotel di sini hari ini.

Menteri itu berharap kesemua 400 agensi pengambilan pekerja didaftar di Malaysia akan bersetuju mengenakan bayaran baru yang ditetapkan iaitu RM4,511 untuk membawa masuk pembantu rumah Indonesia ke Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment