My Add

Thursday 1 December 2011

Perak mula dilanda banjir, Kelantan pulih sepenuhnya

KERIAN, RABU, 30 November, 2011: PERAK pula mula dilanda banjir apabila 73 penduduk dari 18 keluarga di tiga kawasan di daerah ini dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Merah selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air sedalam antara satu hingga 1.5 meter mulai jam 2 petang tadi. 

Pegawai Daerah Kerian, Kamaruddin Awang, berkata mereka dipindahkan ke Kampung Batu 40, Jalan Keretapi, Kampung Perlis dan Kampung Ban Abu Hassan.

Sementara itu, semua pusat pemindahan banjir yang dibuka di Kelantan kini ditutup sepenuhnya berikutan banjir di negeri itu telah pulih.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, kesemua mangsa pemindahan banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat sejak pagi tadi.

Tinjauan pemberita di Pasir Mas, daerah yang paling teruk terjejas bencana banjir mendapati kebanyakan penduduk sibuk membersihkan kediaman masing-masing yang dipenuhi lumpur dan kekotoran akibat ditenggelami air.

Bagaimanapun, rata-rata penduduk yang ditemui berkata, mereka masih menjangkakan negeri itu akan menghadapi kehadiran beberapa gelombang banjir lagi yang menyebabkan mereka tetap membiarkan barangan terus disimpan di tempat tinggi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment