My Add

Monday 19 December 2011

6,866 sertai program latihan perfileman sejak 2006

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Disember, 2011: Seramai 6,866 peserta telah mengikuti program latihan perfileman membabitkan 239 aktiviti melalui pelaksanaan Dasar Perfileman Negara (DFN) dari tahun 2006 hingga Oktober 2011, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz.

Beliau berkata, aktiviti yang dianjurkan kementerian melalui agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Filem Negara Malaysia (FNM) itu merupakan antara inisiatif kerajaan dalam usaha memasyarakatkan DFN seterusnya memajukan industri perfileman negara.

"Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah penganjuran bengkel kemahiran perfileman, forum, dialog, tayangan dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah di Dewan Negara hari ini.

Dr Firdaus bertanya tentang usaha kementerian dalam memasyarakatkan DFN agar difahami semua lapisan masyarakat kerana ia satu dasar penting dan perlu difahami semua pihak.

D’Cruz berkata, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim telah meletakkan industri perfileman negara sebagai satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk semua 18 agensi di bawah kementerian dalam usaha memartabatkan industri itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment