My Add

Thursday 29 December 2011

Anwar dilabel pemimpin pembebasan al-Aqsa?

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Disember, 2011: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan bersama-sama dengan pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara sekiranya Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara bulan depan tetap diteruskan.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, sebarang tindakan bagi melancarkan revolusi tidak kira sekecil mana pun adalah bermaksud untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong kerana ia bertujuan menjatuhkan negara.

Katanya, Wira Perkasa menolak sebarang usaha untuk menghuru-harakan negara dan pada masa sama pertubuhan itu berdiri teguh di belakang pasukan keselamatan negara.

"Jika revolusi dan demonstrasi secara radikal seperti yang dicanangkan akan dilakukan juga, kami akan bersama-sama dengan rakyat yang cintakan keamanan negara menyertai pasukan keselamatan bagi mempertahankan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai sedang merancang untuk menggerakkan pengikutnya bagi menjayakan Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara berikutan keputusan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini.

Buat masa ini, ribuan poster telah dicetak selain diuar-uarkan menerusi Internet.

Irwan Fahmi sehubungan itu menyeru semua rakyat dan seluruh ahli Perkasa supaya membiarkan undang-undang negara memainkan peranannya serta pihak keselamatan menjalankan tugas mereka. - UM

No comments:

Post a Comment