My Add

Saturday 17 December 2011

Dakwaan lelaki Melayu kahwin sejenis disiasat

BANGI, SABU, 17 Disember, 2011: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara. 

"Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.

"Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. 
Kita tengoklah dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen 
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. 

Akhbar hari ini melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan 
sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna 
emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja. 

Mengulas kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran yang masih berlaku di beberapa daerah di Terengganu, Jamil Khir berkata kejadian 
seumpama itu perlu ditangani secara bijaksana oleh Majlis Agama Islam negeri.
 
"Kalau sekiranya mendirikan solat Jumaat hanya kerana berbeza ideologi dan 
politik, jadi mungkin menyebabkan Islam itu dipandang begitu berbeza sehingga 
kerana ideologi politik yang berbeza, kita mendirikan solat Jumaat di tempat 
berbeza," katanya. 

Semalam, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa 
dukacita kerana kejadian itu dikesan masih berlaku di sebelas masjid di daerah 
Marang, Setiu dan Besut berbanding 23 buah sebelum ini. 

"Titah Sultan Mizan itu harus dilihat sebagai sesuatu yang penting untuk 
diambil perhatian," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment