My Add

Wednesday 28 December 2011

Kempen Bebaskan Anwar 901 satu helah

KUANTAN, RABU. 28 Disember, 2011: Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melancarkan Kempen Bebaskan Anwar 901 adalah 'helah' terbaru penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi meneruskan survival dalam karier politik.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, Anwar seolah-olah mengetahui dia bersalah dalam perbicaraan kes liwat yang kini sedang dihadapinya lalu melancarkan kempen itu yang dibuat atas kepentingan peribadinya semata-mata.

"Kalau dia (Anwar) rasa dirinya tidak bersalah masakan dia akan buat perancangan sebegini. Tuduhan ini (kes liwat) adalah kes peribadi yang perlu dihadapi sendiri.

"Jadi kenapa Anwar mahu libatkan orang lain, libatkan rakyat yang ada antara mereka tidak mengetahui tentang aspek perundangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan cek bantuan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) dan penerangan mengenai skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam-Angkatan Tentera Malaysia (SBPA-ATM) 2012 semalam.

PKR dikatakan telah mula melancarkan Kempen Bebaskan Anwar 901 dan merancang pelbagai aktiviti lain termasuk demonstrasi jalanan menjelang keputusan perbicaraan kes liwat Anwar pada 9 Januari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Latiff berkata, terdapat banyak kes liwat berlaku di seluruh dunia, tetapi mengapa orang yang terlibat dengan kes tersebut tidak bertindak seperti mana Anwar lakukan di negara ini.

"Ia hanyalah bertujuan untuk mensensasikan isu tersebut," katanya.

dan cuba menunjukkan seolah-olah dia menjadi mangsa konspirasi bagi mengharapkan simpati rakyat," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, kini terpulang kepada rakyat untuk menilai siapa sebenarnya Anwar yang sepatutnya bersara daripada politik jika benar ingin menyumbang kepada negara. - UM

No comments:

Post a Comment