My Add

Tuesday 27 December 2011

Kempen seolah-olah Anwar bersalah

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Disember, 2011: Penganjuran Kempen Bebaskan Anwar 901 seolah-olah memberi gambaran bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang bersalah dan tahu tindakan mahkamah yang bakal dikenakan ke atasnya.

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R.S. Thanenthiran berkata, tindakan itu juga seolah-olah menunjukkan penyokong Anwar turut mengetahui Penasihat Parti keadilan Rakyat (PKR) itu bersalah dan mereka cuba mengalih perhatian rakyat menerusi penganjuran kempen berkenaan.

"Jangan memesongkan pandangan rakyat menerusi kempen sebaliknya cuba tunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber dan profesional," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gerakan besar-besaran membabitkan pelbagai aktiviti yang sedang diatur pihak tertentu bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar menjelang keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini.

Sementara itu Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapieememinta orang ramai supaya bersifat objektif dan tahu untuk membezakan perjalanan undang-undang serta permainan politik.

Beliau yakin rakyat sedar dengan sandiwara yang dimainkan oleh Anwar dan pengikutnya.

"Beliau cuba memanipulasi pandangan rakyat menerusi kempen-kempen yang dianggap membuang masa dan menghuru-harakan negara," ujarnya.

Menurutnya, Anwar telah diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri dan sekiranya beliau didapati bersalah ia adalah berdasarkan bukti-bukti yang kukuh. - UM

No comments:

Post a Comment