My Add

Friday 2 December 2011

Mesyuarat ketiga penggal keempat Parlimen ke-12 ditangguh

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Disember, 2011:
MESYUARAT Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-12 yang bersidang sejak 3 Oktober lalu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak. 

Sepanjang persidangan berlangsung, Dewan Rakyat meluluskan sebanyak sembilan rang undang-undang baru iaitu Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011, Rang Undang-undang Perbekalan 2012, Rang Undang-undang Perhimpunan Awam 2011, Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) 2011.

Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011, Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011, Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti 2011, Rang Undang-undang Veteran 2011, dan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011.

Dewan pada persidangan kali ini juga meluluskan beberapa Rang Undang-undang Pindaan iaitu Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010. 

Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011. 

Turut diluluskan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2011 dan Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011. 

Selain itu, Dewan juga meluluskan beberapa usul termasuk 10 usul dibentangkan hari ini oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Dewan juga meluluskan usul pemansuhan tiga proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan usul itu pada 24 November lalu, berkata tiga proklamasi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan itu dibatalkan selepas keadaan darurat dan ancaman keselamatan tidak lagi wujud. 

Selain itu, Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment