My Add

Wednesday 7 December 2011

Pelancong Australia maut diserang gajah liar

KOTA KINABALU 7 Dis. – Seorang pelancong wanita warga Australia maut selepas diserang seekor gajah liar di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika mangsa, Jeanna O' Grady Donley, 26, sedang mengambil gambar gajah berkenaan, lapor ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Laurentius Ambu berkata, gajah berkenaan dipercayai menyerang mangsa selepas terkejut dengan bunyi dan pancaran cahaya daripada kamera mangsa.

Ketika kejadian katanya, mangsa bersama seorang pemandu pelancong pergi ke kawasan lumpur gunung berapi di pusat perlindungan hidupan liar berkenaan.

Warga Sweden ditahan seludup syabu di KLIA

Di SEPANG, HAKIMI ISMAIL melaporkan, seorang lelaki warga Sweden yang merupakan pemilik sebuah pusat hiburan di Thailand ditahan kerana cuba menyeludup masuk sejumlah 6.15 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1.5 juta melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Suspek yang berusia lingkungan 40-an ditahan kerana didapati dalam keadaan mencurigakan sebaik sahaja tiba di KLIA menaiki sebuah pesawat dari Istanbul, Turki.

Hasil pemeriksaan pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di KLIA, pihak penguat kuasa menemui dadah tersebut yang disorok dalam ruang tersembunyi di bahagian bawah bagasi dibawa suspek.

Pengarah JKDM di KLIA, Datuk M. Govinden, kejayaan pihak menahan penyeludup itu bertitik tolak daripada keraguan pegawainya setelah suspek dilihat mencurigakan kerana terlalu menunjukkan rasa hormat kepada pegawai JKDM yang bertugas. – UM

No comments:

Post a Comment