My Add

Wednesday 28 December 2011

Pelatih PLKN boleh lapor diri lewat jika terbabit banjir

KUALA LUMPUR, RABUN 28 Disember, 2011: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012 dibenarkan melapor lewat di pusat berkumpul sekiranya kawasan mereka terbabit dengan banjir. 

Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), pelatih berkenaan boleh berbuat demikian dengan mendapatkan surat pengesahan daripada Pusat Pemindahan Banjir atau mana-mana bilik gerakan banjir.

Pelatih yang terbabit dengan bencana banjir juga dibenarkan untuk menukar kumpulan kepada kumpulan 2 atau kumpulan 3 bagi tahun ini, menurut JLKN dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012 perlu melapor diri di pusat berkumpul mulai 1 hingga 3 Januari depan. 

Untuk maklumat lanjut, pelatih boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Jabatan Latihan Khidmat Negara di talian 03-40274747. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment