My Add

Friday 2 December 2011

Perbahasan usul ucapan dasar Presiden disambung

KUALA LUMPUR, jumaat, 02 Disember, 2011:
PERHIMPUNANAN Agung UMNO 2011 yang masuk hari kedua hari ini bermula dengan penyambungan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden. 

Semalam, lapan perwakilan membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden yang dicadangkan oleh wakil daripada Kelantan yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Seramai tujuh perwakilan dijangka membahaskan usul itu hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasarnya semalam antara lain mengingatkan semua anggota parti supaya bersatu dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, perwakilan akan membahaskan usul Ekonomi yang akan dicadangkan oleh wakil Perak Datuk Idris Hashim dan disokong wakil pergerakan Puteri Jamilah Hanim Othman.

Seramai 14 perwakilan akan membahaskan usul itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment