My Add

Sunday 11 December 2011

PM kagum kemajuan Iskandar Malaysia

JOHOR BAHARU, AHAD, 11 Disember. 2011:
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kagum dengan tahap kemajuan pembangunan Iskandar Malaysia dan yakin projek berkenaan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Saya kagum melihat projek-projek di Iskandar Malaysia yang sedang dilaksanakan, menyakinkan saya kawasan ini akan maju dan mencapai sasaran yang ditetapkan,” kata beliau yang dibawa menaiki helikopter meninjau pembangunan wilayah berkenaan hari ini.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri majlis ulang tahun kelima Iskandar Malaysia di Puteri Harbour, Nusajaya di sini, beliau berkata, semua projek yang diumumkan sedang dalam peringkat perlaksanaan.

Perdana Menteri turut menerima laporan lima tahun Iskandar Malaysia.

"Semua projek berjalan lancar dan dalam tempoh setahun dua ini ada banyak lagi projek yang dijangka siap,” kata beliau pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Seri Azman Mokhtar. - Bernama

No comments:

Post a Comment