My Add

Wednesday 28 December 2011

Pusat berita bersepadu RTM ikon bidang penyiaran - Rais

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Disember, 2011: Bangunan Pusat Berita Bersepadu Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Bukit Angkasapuri di sini yang menelan belanja RM100 juta akan menjadi ikon atau mercu tanda kejayaan dalam bidang penyiaran negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, ia juga akan dijadikan pusat penyampaian berita dan hal ehwal semasa di samping berfungsi sebagai pusat arkib dan pentadbiran untuk kakitangan RTM.

"Dengan ini maka terjelmalah impian kementerian dan kerajaan untuk mewujudkan prasarana bagi tujuan pemberitaan. Secara puratanya projek ini telah pun siap 94 peratus dan memerlukan enam peratus lagi untuk disiapkan menjelang 21 Januari tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tapak projek bangunan itu di Bukit Angkasapuri di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment