My Add

Friday 2 December 2011

Timbulkan kekecohan, Gobalakrishnan diarah keluar Dewan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Disember, 2011:AHLI Parlimen Bebas kawasan Padang Serai, N. Gobalakrishnan hari ini diarah keluar dewan kerana menimbulkan kekecohan semasa Dewan Rakyat membincangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan Gobalakrishnan berbuat demikian selepas beliau enggan mematuhi arahan untuk tidak mencelah giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) membahaskan laporan itu.

Walaupun diarah beberapa kali untuk duduk, Gobalakrishnan tetap berdegil dan mendesak Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, supaya memberikan laluan kepadanya.

Namun Anwar tidak mempedulikan permintaan itu dan menyebut ‘pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum’ yang menimbulkan kemarahan anggota Parlimen Bebas itu.

Tindakan Gobalakrishnan yang bangun dan menghalang kelancaran sesi perbahasan memaksa Wan Junaidi meminta Bentara Parlimen untuk menarik wakil rakyat itu keluar.

Gobalakrishnan bagaimanapun mempertahankan tindakannya sambil berkata: “Dia (Anwar) tuduh saya mabuk, saya tidak kata orang black metalik, saya tidak hina sesiapa.”

Gobalakrishnan ketika ditemui di luar dewan mencabar Anwar berdebat dengannya secara terbuka mengenai beberapa isu.

"Jika benar Yang Berhormat Permatang Pauh selama ini mendakwa beliau kononnya berjuang untuk rakyat, maka saya cabar beliau untuk berdebat secara terbuka,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment