My Add

Wednesday 28 December 2011

Tujuan paderi bangkitkan Perkara 153 dipersoal

KUALA LUMPUR, RABU, 28 Disember, 2011: Pelbagai pihak mempersoalkan tujuan seorang paderi membangkitkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dalam soal menjaga kepentingan kaum di negara ini.

Menurut Dr. Shamrahayu Abdul Aziz dari Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan bukan hanya melindungi hak istimewa orang Melayu, malah turut menjaga hak orang bukan Melayu.

"Ini jelas disebut dalam Fasa (1) perkara itu yang menyatakan mengenai tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong menjaga kepentingan sah kaum lain mengikut peruntukan perkara itu.

"Saya menyokong sepenuhnya kenyataan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhiyiddin Yassin) semalam yang menegaskan Perkara 153 tidak membuli kaum lain.

"Namun saya mempersoalkan maksud tersirat pihak yang membangkitkan perkara ini...mereka ini sebenarnya mahu melakukan provokasi dan mahu merosakkan keharmonian kaum di negara ini,” katanya.

Minggu lepas Pengerusi Evangelical Christian Fellowship Nasional, Dr. Eu Hong Seng mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan kononnya ia lebih bersifat membuli jika ia hanya melindungi hak sesuatu kumpulan atau pihak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment