My Add

Wednesday 21 December 2011

Tun M dilantik penaung kejohanan tenis Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR,RABU, 21 Disember, 2011: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai penaung kepada kejohanan tenis wanita Terbuka Malaysia BMW 2012.

Pihak penganjur kejohanan membuat pengumuman itu hari ini.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan BMW Malaysia, Geoffreya Briscoe berkata, Dr. Mahathir merupakan penyokong kuat dalam membawa acara kejohanan sukan antarabangsa ke Malaysia.a

Edisi ketiga kejohanan ini yang merupakan kejohanan Persatuan Tenis Wanita (WTA) akan berlangsung dari 27 Februari hingga 4 Mac di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment