My Add

Friday 27 January 2012

10 kenderaan terbabit nahas di Georgetown

GEORGETOWN, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Jalan Gelugor menghala ke pusat bandar di sini mengalami kesesakan luar biasa lebih tiga jam susulan kemalangan membabitkan 10 kenderaan pagi tadi.

Jurucakap bahagian trafik negeri ketika dihubungi berkata, nahas berlaku pada jam 11.50 pagi apabila sebuah lori pasir yang dipercayai mengalami kerosakan berhenti secara mendadak di atas jalan raya.

"Kejadian itu mengakibatkan sembilan kenderaan lain di belakang lori terbabit termasuk sebuah lori sampah tidak sempat membrek dan saling melanggar belakang kenderaan di hadapan masing-masing," katanya.

Pelanggaran itu mengakibatkan beberapa mangsa tersepit di dalam kenderaan masing-masing dan sebuah jentera bomba terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa.

Bagaimanapun, semua yang terbabit tidak mengalami kecederaan serius dan hanya mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Pulau Pinang serta klinik berhampiran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment