My Add

Thursday 26 January 2012

11 maut bangunan runtuh akibat letupan kuat di Brazil


ANGGOTA bomba dan penyelamat bergegas ke bangunan 18 tingkat yang runtuh akibat letupan kuat di tengah Bandaraya Rio de Janeiro, Brazil, awal pagi ini. Setakat ini, 11 orang dilaporkan maut atau cedera dan puluhan lagi terperangkap. - Foto AF


RIO DE JANEIRO, KHAMIS, 26 Januari, 2012: Sekurang-kurangnya 11 maut setakat ini apabila bangunan 18 tingkat di tengah Rio de Janeiro runtuh dipercayai akibat letupan, awal pagi ini. 

Stesen televisyen Globo News, memetik pegawai pertahanan awam berkata, setakat ini 11 orang maut atau cedera dan jumlah sebenar belum dapat dipastikan.

Bangunan terbabit yang berletak berdekatan panggung teater bandaraya di Dataran Cinelandia, dikatakan tumbang akibat letupan kuat sehingga mencetuskan panik di sekitar kawasan itu.

Sebelum ini, pasukan penyelamat berkata, beberapa pekerja binaan yang berada di dalam bangunan kini dipercayai terperangkap. 

Setakat ini 30 orang dilaporkan sudah dikeluarkan dari bangunan berkenaan dan mereka dilaporkan selamat. - AFP

No comments:

Post a Comment