My Add

Thursday 26 January 2012

KDRM kutip cukai tertinggi dalam sejarah RM30.4 bilion

KELANA JAYA, KHAMIS, 26 Januari, 2012: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) memperoleh kutipan cukai sebanyak RM30.4 bilion pada tahun lalu, sekali gus mencatat sejarah apabila jumlah itu adalah kutipan hasil yang tertinggi dalam sejarah jabatan berkenaan. 

Ini bermakna kutipan hasil pada tahun lalu meningkat sebanyak RM2.053 bilion atau 7.2 peratus berbanding kutipan hasil pada 2010 sebanyak RM278.32 bilion.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kejayaan itu tidak mungkin tercapai tanpa usaha gigih daripada semua peringkat warga KDRM.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan sambutan Hari Kastam Sedunia ke-30 di sini, sebentar tadi. 

No comments:

Post a Comment