My Add

Thursday 26 January 2012

1,412 penuntut terima sumbangan RM353,000

TANAH MERAH, KHAMIS, 26 Januari, 212: UMNO Tanah Merah terus mendekati rakyat apabila menyampaikan sumbangan bernilai RM353,000 kepada 1,412 penuntut pusat pengajian tinggi yang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), sarjana dan sarjana muda pada satu majlis di sini, semalam.

Majlis penyampaian sumbangan duit poket dan cenderamata khas itu dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata) dan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO bahagian, Baharuddin Yusoff dan Presiden Permata, Wan Alimin Wan Zain.

Ikmal Hisham berkata, setiap pelajar menerima sumbangan RM250 termasuk duit poket RM50, sebuah pemain cakera padat (CD) berjenama serta sebuah beg galas.

Menurutnya, sumbangan tersebut sebagai penghargaan di atas kejayaan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

"Sumbangan ini juga diharap dapat menyuntik semangat pelajar berkenaan untuk meneruskan kejayaan, selain menjadi pembakar semangat kepada anak-anak Tanah Merah untuk maju dalam bidang pelajaran," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Beliau yang juga penaung Permata memberitahu, program tersebut merupakan acara tahunan persatuan berkenaan sejak ia ditubuhkan dua tahun lalu.

"Permata ditubuhkan dengan hasrat untuk mengumpulkan anak-anak Tanah Merah yang berada di menara gading. Ia juga bagi merapatkan hubungan silaturahim serta membantu membela nasib anak-anak Tanah Merah yang belajar di dalam mahupun luar Kelantan.

"Setakat ini, kita sudah mempunyai keahlian seramai 4,000 orang dan usaha ini akan diteruskan untuk mengumpulkan seramai mungkin anak-anak Tanah Merah," ujarnya.

Jelas Ikmal Hisham, selain membela nasib mahasiswa dari jajahan ini, Pertama turut mengadakan program-program berbentuk kemasyarakatan seperti motivasi, 'Jom Masuk Universiti' dan banyak lagi untuk memastikan anak-anak Tanah Merah berjaya dalam bidang akademik, seterusnya mengubah nasib keluarga mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment