My Add

Thursday 26 January 2012

Hasrat REHDA jejas integrasi

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 Januari, 2012: Cadangan menukar status hartanah lot bumiputera secara automatik kepada bukan bumiputera jika gagal dijual dalam tempoh tertentu, bertentangan dengan prinsip dan hasrat membantu warganegara yang kurang berkemampuan.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu, Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, jika dibenarkan cadangan itu maka kebanyakan rumah dan hartanah akan dimiliki oleh satu kaum sahaja.

"Ini juga akan menimbulkan keresahan dan tidak puas hati di kalangan masyarakat tidak mampu membelinya.

"Akan timbul perasaan iri hati sekali gus menyukarkan usaha mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael K C Yam untuk menukar secara automatik status lot bumiputera jika gagal dijual dalam tempoh masa tertentu bagi mengatasi kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pemaju

Kamarudin berkata, polisi sedia ada perlu dikekalkan untuk menjamin keharmonian dan keamanan negara.

"Kita faham risiko kerugian yang dihadapi pemaju, bagi menangani masalah ini pemaju perlu mempromosikan jualan hartanah yang lebih agresif kepada golongan bumiputera.

"Agensi kerajaan dan kewangan juga pelu mengambil langkah proaktif membantu promosi jualan dan bayaran dibenarkan secara berperingkat-peringkat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment