My Add

Wednesday 25 January 2012

15 kematian dicatat dalam Ops Sikap ke-25

KUALA LUMPUR, rabu, 25 Januari, 2012: Sebanyak 15 kematian dicatat pada hari kesembilan Ops Sikap ke-25 semalam, menjadikan jumlah kematian 108 kes sejak operasi dilancarkan 16 Januari lalu.

Menurut laman web Polis Diraja Malaysia, tujuh daripada 15 yang terbunuh adalah penunggang motosikal, tujuh pemandu kereta dan seorang pejalan kaki.

Sebanyak 890 kemalangan dilaporkan di seluruh negara semalam, 321 kes berlaku di jalan perbandaran, 240 di jalan persekutuan, 146 di jalan negeri, 114 di lebuh raya dan 69 di lain-lain jalan.

Polis turut mengeluarkan 19,031 saman atas pelbagai kesalahan menjadikan keseluruhan saman yang dikeluarkan sebanyak 157,605 setakat ini.

Ops Sikap ke-25 akan berakhir 30 Januari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment