My Add

Friday 27 January 2012

576 pelajar MRSM Pontian gembira terima bantuan

MOHD. Fauzi Sunawan (tengah) bersama pelajar-pelajar MRSM yang menerima bantuan persekolahan RM100 di Pontian, baru-baru ini.

PONTIAN, JUMAAT 27 Januari, 2012: Seramai 576 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian menerima bantuan persekolahan RM100 seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2012.

Mereka adalah sebahagian daripada 32,235 pelajar MRSM seluruh negara yang menerima bantuan persekolahan seperti di sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsan dan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri.

Majlis penyampaian sumbangan kepada para pelajar dilakukan oleh Setiausaha Sulit Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Fauzi Sunawan yang mewakili Datuk Ahmad Maslan.

"Bantuan ini jelas menunjukkan kerajaan tidak meminggirkan pelajar di MRSM dan ia diharap menjadi galakan dan rangsangan untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan MRSM terus unggul," katanya ketika berucap pada majlis tersebut baru-baru ini. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment