My Add

Monday 23 January 2012

Ada pihak cuba gagalkan jamuan rakyat di Perak: MB

IPOH, ISNIN, 23 Januari, 2012: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata ada pihak cuba menggagalkan majlis jamuan rakyat sempena sambutan Tahun Baru Cina di pekarangan kediaman rasminya di sini, hari ini. 

"Saya anggap perbuatan itu dilakukan 'kumpulan nakal' yang ingin menggagalkan sambutan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Sebelum ini ada pihak menyebarkan SMS kepada penduduk di negeri itu bahawa majlis itu dibatalkan.

Bagaimanapun, majlis berjalan lancar dengan lebih 5,000 orang mewakili 
segenap lapisan masyarakat menghadiri majlis itu yang diserikan dengan 
keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku 
Bainun ke majlis itu yang bermula 11 pagi sehingga 3 petang. 

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, 
Tuanku Zara Salim, Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. 

Tetamu dan rakyat yang hadir disajikan dengan persembahan kesenian dan 
kebudayaan tempatan yang menarik serta persembahan daripada artis tempatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment