My Add

Monday 23 January 2012

Tahun Naga, rumah terbuka kukuhkan perpaduan kaum

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 Januari, 2012: Kehadiran Tahun Naga dalam kalendar masyarakat Cina tahun ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini selaras dengan gagasan 1Malaysia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, hubungan yang erat itu dapat diwujudkan dan diserlahkan lagi menerusi penganjuran rumah terbuka pada setiap kali musim perayaan yang sentiasa dikunjungi oleh rakyat pelbagai kaum.

"Dengan adanya sambutan seperti ini ia dapat beri kesempatan kepada rakyat pelbagai kaum untuk bergaul dan mengeratkan tali persaudaraan demi kejayaan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan di sini, hari ini.

Majlis dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan perwakilan asing.

Dianggarkan lebih 5,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir, malah ada yang datang seawal pukul 8 pagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment