My Add

Wednesday 11 January 2012

Anwar jangan dabik dada

KUALA LUMPUR, RABU, 11 Januari, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak boleh berasa selesa dan mendabik dada dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Kesejahteraan dan Hal-Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Jayum Jawan berkata, walaupun keputusan tersebut dilihat memberi nafas baru kepada karier politik Anwar selepas ini, namun beliau perlu bersedia menghadapi rayuan yang mungkin dikemukakan pihak pendakwa.

"Mereka (pihak pendakwa) masih mempunyai tempoh 10 hari bagi membuat rayuan ke atas kes tersebut jika mempunyai bukti-bukti kukuh yang boleh menyokong rayuan itu.

"Justeru, Anwar harus ingat bahawa angan-angan untuk menjadi Perdana Menteri bayangan pembangkang masih belum terjamin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas kes tersebut menjalani 87 kali perbicaraan di mahkamah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment