My Add

Tuesday 3 January 2012

Bantahan kempen bebaskan Anwar berterusan

KUALA LUMPUR, SELASA,  03 Januari, 2012: Lima lagi laporan polis dibuat hari ini oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) dan dua parti politik bagi membantah rancangan mengadakan demonstrasi “Kempen Bebaskan Anwar 901” di ibu negara Isnin depan.

Laporan polis itu dibuat pada pukul 11.40 pagi di Balai Polis Dang Wangi oleh Presiden Ikatan Rakyat Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay, Pengerusi IRIMM Pulau Pinang, Zainol Abidin Ahmad, Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (DESMMA), Mohd. Fazil Abdullah dan Ketua Bahagian MIC Wangsa Maju, S. Mohan Pillay.

Satu lagi laporan dibuat oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abdul Samad pada 3 petang.

Ketika ditemui pemberita, Amir Amsaa berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur demonstrasi yang menjadi dalang dalam menggugat keamanan negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment