My Add

Thursday 19 January 2012

Bidang kuasa sivil, syariah bantuan guaman diperluas

PUTRAJAYA, KHAMIS, 19 Januari, 2012: Bermula 1 Januari lepas Jabatan Bantuan Guaman (JBG) akan memperluaskan bidang kuasa sivil dan syariahnya, ekoran permintaan tinggi selain memenuhi fungsi JBG dalam memberi bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, perluasan bidang kuasa syariah bagi JBG meliputi prosiding berhubung ganti rugi pertunangan, hutang perkahwinan dan mutaah.

"Ia juga meliputi prosiding berhubung dengan alang semasa hidup (hibah) dan wasiat yang juga merupakan kes berkaitan dengan kes kekeluargaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini hari ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment