My Add

Tuesday 3 January 2012

BN Padang Serai dan NGO buat laporan polis bantah 901

KULIM, SELASA, 03 Januari, 2012: Barisan Nasional (BN) Bahagian Padang Serai dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, membuat laporan polis bagi membantah kumpulan yang cuba mencetuskan perhimpunan haram, Kempen Bebaskan Anwar 901. 

Kumpulan lebih 100 individu itu turut berhimpun secara aman bagi memohon Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat dan bertindak mengekang perhimpunan itu.

Bantahan diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Asmadi Abdul Mutalib bersama pemimpin NGO, mereka membuat laporan di Balai Polis Kulim di sini, petang semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment